Custom Search

PENGENALAN SWEETLIFE

Koperasi Sweet Life Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 22hb Oktober 2010 dengan No.Pendaftaran 100/85. Semasa penubuhan Koperasi Sweet Life Berhad mempunyi 50 orang anggota dengan bermodalkan saham Rm20,000.
Koperasi juga turut disokong oleh SteviaSugar Corporation Sdn Bhd, Sweet Life Malaysia Berhad dan Herbalwise Holding Sdn Bhd. Dengan adanya sokongan dari syarikat persendirian ini, koperasi dapat memberi produk dan pulangan yang terbaik kepada pengguna dan ahli.

OBJEKTIF
Matlamat Koperasi Sweet Life Malaysia Berhad ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Tujuan utama Koperasi ini ditubuhkan ialah untuk menjalankan aktiviti keusahawanan pengguna.Bagi mencapai matlamat yang tersebut di dalam Undang-Undang Kecil 6 amnya dan tujuan yang tersebut di dalam Undang-Undang Kecil 7 khasnya koperasi bolehlah, tertakluk kepada pertubuhan Akta  dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:-
  • Menyediakan barang dagangan khas dari produk kesihatan berasaskan Stevia :
  • Menjalankan aktiviti kursus dan bantuan teknikal buat peserta :
  • Mengadakan skim dan kemudahan untuk anggota-anggota termasuk skim tabung keluarga, tabung khairat, dan tabung kebajikan :
  • Membeli balik hasil tanaman peserta untuk diusahakan kepada produk komersial seperti air nira kelapa, jambu mawar, pisang 40ari, serai dan berbagai-bagai lagi.
  • Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan di bawah seksyen 54 Akta :
  • Mengadakan subsidiari di bawah seksyen 19 Akta dengan kebenaran Ketua Pendaftar :
  • Menjalankan aktiviti penyelidikan, pembuatan dan pembungukusan produk komersil konsumer seperti gula melaka, teh herba, kopi, susu dan sebagainya :
  • Menyertai usahasama dengan koperasi-koperasi lain yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment